Search This Blog

Ujian dari Ilahi...



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia



Hai kawan-kawan... sekali lagi kita jumpa lagi di dalam laman sesarang yang membosan ini... (abis-abis) ok la... Hari itu, sudah 3 hari tidak meng update cerita dekat blog ini sebab banyak halangan dan ujian yang melanda diri ku ini... Tidak mengapa.. Hari ini saya akan menceritakan babak-babak yang penting sahaja okay?

Pada hari Jumaat, macam biasa semuanya berjalan dengan lancer dan elok seperti hari-hari yang lain.. akan tetapi berlaku peristiwa yang agak membengangkan saya ketika saya mengambil ayah saya.. (bukan bengang sebab ambil ayah aku ye? Harap maklum.. hehehe) Ianya berlaku waktu saya sudah ambil ayah saya dan saya membawanya pergi makan di Sec.7 di Shah Alam di Restoren Ayam Penyek.. (bukan main lagi tempat makan.. Ahaks!) Selepas kenyang makan ayam yang dah penyek.. hehe.. kami pun menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.. saya “start” kereta tetapi kereta tidak mahu hidup.. “ah sudah.. jangan buat hal!”, kata saya.. rupanya bateri habis.. aduh! Nasib baik lah bengkel kat situ berlambak... akhirnya saya dan ayah saya pergi ke bengkel kereta dan memanggil mekanik yang ada untuk pergi ke kereta kami dan tukar bateri.. mula-mula elok je selepas mekanik tu betulkan kereta, semasa saya bawanya untuk pergi ke bengkelnya, tiba-tiba kereta itu sekali lagi “mati” tengah jalan di traffic light di simpang sec.7.. (adoi yai malu giler!!) saya pun menelefon semula mekanik tersebut untuk datang ke tempat saya.. semasa saya menunggu, ada sebuah kereta perdana hitam berhenti di depan kereta saya.. ada seorang pak cik datang untuk bantu saya tetapi saya kata tidak mengapa sebab mekanik sudah dalam perjalanan.. Saya sangat teruja kerana dalam banyak-banyak kereta yang lalu kat situ, seorang itu sahaja yang concern dengan kereta saya.. (nampak tak betapa susah nak jumpa orang baik... 1:50) sampai sahaja mekanik dia betulkan balik kereta dan menyuruh saya untuk ke bengkelnya bagi memeriksanya dengan lebih lanjut.. sampai sahaja bengkel dia betulkan kereta saya dan dia kata “starter” yang rosak.. jadi, ayah saya kata tak perlu hantar bengkel dulu.. dapat balik rumah pun jadilah.. jadi, ayah saya yang bawa kereta ke rumah.. (SABAR JE LA...)

Pada hari Sabtu, hariku bermula dengan bangun pagi untuk bertolak ke kampong kerana ada kenduri kahwin.. (sepupu aku kahwin.. pergh!! Aku bila nak kawin ek? Uhuhu...) dan kami bertolak ke sana dan mengambil masa dalam lingkungan 3 jam juga kerana lebuh raya sesak.. (semua nak balik kampong kowt) sampai sahaja kami di kampong, majlis kahwin itu baru sahaja bermula.. pengantin baru sahaja sampai dan mereka baru nak buat sandingan... Wah! Makanan yang mereka sediakan kelihatan sangat menyelerakan dan sangat sedap sampai terliur saya dibuatnya.. lalu kami salam-salam dengan adik beradik ayah saya dan ambil makanan.. pendek cerita perkahwinan itu sangat meriah dan saya pun puas hati kerana dapat makan banyak (tahu makan je si Aizad.. mana tak GEMUK! AHAKS!!) hehe.. dan mulanya kami rancang untuk bermalam di rumah nenek (parent ayah aku) akan tetapi disebabkan ramai yang hadir terutama adik beradik ayah yang dari jauh pun datang.. so, kami pun decide untuk pulang kerumah.. dan kami sampai ke rumah pada waktu malam.. (Terasa pula hendak berkahwin dan berumah tangga.. Macam best je.. hehehe... Gatal la aku nie.. Ahaks!)



Pada hari Ahad pula, hari berlaku seperti biasa dengan saya bangun pagi pada pukul 8 pagi dan saya mandi pagi.. Selepas saya mandi, saya pergi jumpa Si Comot (kucing belaan saya) untuk bagi dia sarapan pagi dan juga bersihkan “rumahnya” yang penuh dengan “barangan peribadinya” yang bersepah merata.. (Busuk betul la Si Comot nie!) Selepas saya selesai dengan urusan dengan Si Comot, saya dapat panggilan dari Ayah saya untuk mengambilnya di Kedai Runcit yang berada berdekatan dengan kawasan rumah saya.. Rupanya kereta yang dia naik untuk ke sana sekali lagi rosak.. YEAH! Saya dapat pandu kereta ayahku iaitu Kereta Citra.. WEEEE~~~ By the way, back to my story, sampai sahaja saya ke tempat kejadian, saya bergegas ambil ayah saya dan at the same time saya bersama dengan ayah saya pergi ke bengkel berdekatan untuk memperbetulkan kereta tersebut.. Kebetulan pula ada sebuah bengkel yang berada tidak jauh dari tempat kereta ku dan kami bergegas pergi kesana.. Setelah kami bawanya ke bengkel, mekanik tersebut emnyuruh ayah saya meletakkan kereta itu selama 3 hari untuk dibetulkan dan mahu menganalisa apa punca kerosakan kereta tersebut.. (Oh my Baby... huhu..)

Pada sebelah petang, parent saya menghantarkan saya balik ke kampus saya yang tercinta (cinta lah sangat u’olzz!!)  dan setelah sampainya saya di Puncak Alam, saya baru perasan ada barang yang tidak cukup dan saya merasakan barang tersebut tertinggal dirumah.. Maka, saya berbalik semula ke rumahku yang tercinta (Teruk kan aku nie? Hahahaha.. ) dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk balik ke kampus saya pada keesokkan harinya (Hari Isnin) dengan menaiki bas.. (Apalah nyanyuk betul aku nie)

So, as the conclusion for these 3 days, bad days happened to me but still I can enjoy my life and live as usual like other kids.. (apsal Kids? ) hahaha.. ok lah folks, see ya next post... Bye~~~


No comments:

Post a Comment