Search This Blog

Dah Nasib...

Bismillah... Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia



Hai kawan-kawan.. Aizad in The House... Bertemu lagi kita di dalam blog saya yang membosankan ini.. (tak habis-habis cakap camtu bajet orang kesian la teww..) haaa... Ni saya nak story-morry perkara-perkara biasa yang saya alami pada hari ini.. 

Bermula dengan bangun pagi hari ini dengan liatnya (sedap betul tidur dengan suasana sejuk dan nyaman.. nape la perlu bangun awal sangat) dengan berat hati bangun dari tidur untuk bersiap bagi routine biasa ku iaitu menghantar adik dan mama saya.. Bak kata lecturer Labour Economy saya, people need to choose the best choice and let go the second best to maximizing my satisfaction.. it's also called Opportunity Cost.. (bukan main ingat kat sini.. kang waktu final tak boleh buat.. =____=" ) By the way, selepas saya bersiap saya mulakan perjalanan saya dengan menghantar adik saya ke sekolah dan kemudiannya menghantar mama saya... Ketika sedang memandu untuk menghantar adikku dengan suasana yang tenang di waktu pagi dengan iringan lagu dari stesen radio HITZ.fm, kereta waja ku kena "BOM" yang sangat mengejutkan saya! Kuang hasam jawa tengah betul la burung-burung ni nak "melepas".. (nasib baik bukan kat atas kepala... huhu..) Saya fikir satu burung jerw, rupa-rupanya sekawanan burung yang "melepas".. ISH! nasib baik dalam kereta.. kalau burung-burung itu melepas dekat atas kepala saya, mahu saya panggang "sekor-sekor"... Sabar je la.. 

Selepas saya hantar mama, saya pun bergegas dengan kacak lagi bergaya menuju ke Puncak Alam untuk kejar masa ke kelas pada waktu pagi, jam 8:30 a.m.. saya fikir tidak ada masalah akan tetapi banyaknya ujian berlaku pada pagi tadi.. Dah la sesak, time ni la kereta rosak bagai kat tengah jalan lah, tepi jalan lah.. (tolong la check kereta sebelum pergi keluar.. menyusahkan aku..) Kereta rosak tidak mengapa kerana mereka still lagi boleh untuk dipintas.. akan tetapi sekiranya ada lori "cengkadak" (ntah apa nama lori tuh yang ada penyedok kat depannya) kalau satu boleh lagi la terima, tapi sekiranya TIGA?? memang aku doa supaya lecturer aku pun sesak jalannya.. (apa da doa bukan-bukan untuk pensyarah) Dengan segala ujian yang berlaku itu, akhirnya saya berjaya sampai ke destinasi pada pukul 8:32 a.m... saya fikir saya sudah lambat dan semasa saya tengah mem "parking" kan kereta ku, saya berjumpa dengan kawan saya kerana dia ingin menumpangkan begnya di dalam kereta saya.. Selepas itu, saya terserempak dengan dua lagi kawan kelas saya yang baru sahaja sampi dengan menaiki motor..



Sampai sahaja kami di dalam kelas, dapati lecturer masih lagi tidak masuk.. phew... lega rasanya.. ingatkan saya dah lambat masuk rupanya lecturer pun lambat.. Maybe sebab Klang memang sesak tahap dewa kowt.. (dah semua pakai kereta camner.. cuba pakai basikal.. HAHAHA!) Lepas beberapa minit selepas saya sampai, lecturer pun menyusul masuk ke dalam kelas dan mula mengajar.. Hari ini belajar Chapter 2.. agak fening-fening lalat gak ar belajar chapter ini akan tetapi setelah di ajar dengan lebih detail lagi, akhirnya saya faham tajuk tersebut.. 

Habis sahaja kelas, saya terasa sangat lapar dan ingin memakan karipap makcik "ball ball" (penjual fishball dekat dengan PSB).. Mula saya fikir ingin makan 6 sahaja karipap akan tetapi nafsu perut saya sangat kuat, maka saya beli 8 biji karipap.. (pergh!! tamak bin haloba betul si Zad nie.. =D) konon nak lapik perut lah katakan.. (lapik perut kah?? O__0) Kemudian, saya bersama dengan rakan-rakan saya yang lain menuju ke kelas seterusnya di DK (Dewan Kuliah).. Tunggu punya tunggu sehingga setengah jam, lecturer tidak datang dan akhirnya kami ambil keputusan untuk "bla" dari situ.. *bla=beredar [ayat pasar]...

Oleh kerana tiada kelas pada waktu itu, maka Presiden HuReS ingin membuat meeting tergempar bersama MT (Majlis Tertinggi) yang lain.. Ambil masa 1/2 jam selepas itu, meeting pun habis dan saya pergi jumpa rakan-rakan saya dan ajak mereka makan di sebuah kedai terletak berdekatan dengan Petronas di Shah Alam 2 (Fasa 2).. (tadi bukan dah makan ke? Perut buaya campur tapir betul la Aizad ni) Habis sahaja makan,saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah.. Sebelum itu, kawan saya meminta tolong saya pergi kerumah kawan saya untuk mengambil barangan dia yang ditinggalkan semasa dia tidur rumah kawannya itu.. Selepas saya hantar rakan saya balik, alang-alang saya ingin balik ke Klang, kawan saya ingin ke Shah Alam dan menumpang saya sekali dan saya hantarnya di Shah Alam, Section 2.. Habis sahaja saya hantar rakan saya, saya lihat jam sudah pukul 3 petang dan saya rasa penat sekiranya saya balik maka saya putuskan untuk berjumpa dengan kawan Shah Alam lepas sama di Plaza Masalam.. 



Sampai sahaja pukul 7 petang, saya hantar kawan saya pulang ke kolej dan mengambil mama saya dari tempat kerjanya untuk pulang ke rumah.. Sesudah saya sampai di rumah, seperti biasa saya pergi dapur dan berjumpa dengan anak kucing yang buncit itu, Si Comot.. Sesudah saya membasuh kandangnya dan memberi makanan kepada si comot, saya pun pergi mandi dan solat maghrib.. Seperti biasa saya cuba untuk update post saya (yang ini) dan akhirnya saya tertidur ketika saya menaip post saya.. (penat sangat la teww..) dan keesokkannya saya dapati banyak perkataan "pppp....." berturut-turut.. (Nasib baik tak tekan publish.. mampoih rosak blog..) 

So, tamat lah sudah cerita untuk hari ini (Khamis) dan tiada yang menarik sangat.. Unless tetiba saya boleh terbang or pecahkan kereta dengan penumbuk.. (inilah dia banyak sangat fantasi dalam otak) Ok lah kawan-kawan.. sampai di sini sahaja cerita saya.. Terima kasih kerana meng follow blog saya walaupun blog saya ini tidak semenarik blogger yang lain.. huhu.. (konon orang kesian la tew.. bla la Zad..) haha.. ok la.. See Ya! Bye~~~


1 comment: