Search This Blog

Permulaan Hidup di Alam Blog


Awal mula pertama mula...

Muka poyo's tahap gaban


Hai makhluk bumi, pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membuangkan masa anda di alam blog ini, lagi-lagi apabila anda semua membaca atau follow blog saya. Saya masih lagi baru di alam blog ini, jadi sekiranya blog saya ini membosankan, harap janganlah marah atau menyumpah saya. Maklum lah orang baru, baru hendak up sedikit. Sebelum saya meneruskan coretan yang lebih mengarut lagi, saya dahulukan dengan pengenalan diri saya yang tidak seberapa ini. (Alamak, terlebih formal la pulak, dah macam forum perdana.. AHAKZ!)

Nama diberi ialah Aizad Al-Bakri Bin Rahim. Korang boleh panggil saya Aizad, atau pun Abg Zack (EEEeeeewwwW!!), atau pun abg kacak (muntah darah please...!). Yang penting, jangan panggil saya nama buruk-buruk sudah lah. Kalau dengan member, selalunya diorg panggil Zad atau Jad. Tapi saya lebih selesa dengan panggilan Jad sebab terasa COMEL di situ. LOLZ *krik..krik... (Awkward). erk, okay.. Umur saya baru 21 tahun 7 bulan (perlukah bulan tuh?) dan terlahirlah saya pada tarikh 2hb Ogos 1990 [Bulan Merdeka, bangga jap.. (-..-)]. Tempat saya dilahirkan pula, hmmm... bumi senang citer.. LOLZ! Saya menetap di Klang, Selangor. Alamat rumah pula, “Biarlah Rahsia” (Insert lagu Datuk Siti Nurhaliza please... Ahaks!)

Apa lagi ye?

Oh ya. Hobi pula, dulu ar suka main “beskal” (Basikal), lepas itu bertukar citarasa ke Badminton. Kemudian bertukar pula ke main golf tetapi tak mampu kerna aku bukanlah golongan yang dapat duit macam dapat tisu. (bapak menganjing, sorry ye orang kaya) LOLZ. Okay, selepas itu, bertukar ke bermain game di dalam laptop seperti Red Alert 2 (one of my fav dulu), more on Command & Conquer punya game la. Sesudahnya hobi itu menjadi bosan, maka tertukar lah yang kini kepada mengumpul kad Yu Gi Oh (dah besar baru nak main)

Pada umur 5 tahun, saya sudah memulakan alam persekolahan di Tadika Al-Huda. Pada saya berumur 6 tahun, saya menambahkan lagi sekolah saya di sebelah petang di Tadika Sri Kenanga (dulu lembab kowt kene dua tadika.. AHAKS!). Masuknya umur saya 7 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai dan juga Sekolah Agama Darul Ulum (sekolah agama Islam) sehingga habis UPSR dan PSRA. habisnya saya bersekolah rendah, saya move on ke sekolah menengah di Methodist A.C.S Klang sehingga saya SPM. Habis sahaja sekolah, saya dapat menyabungkan pembelajaran saya ke alam universiti mengambil Diploma in Business Studies. Saya sudah pun graduate diploma dan kini menyambung semula ke alam Degree dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia (Human Resources Management)

lagi...?

*Kenapa berminat untuk membuat blog sedangkan anda seorang yang pemalas?

Soalan ni cam hampeh je.. (ckp seorg diri.. lolz) Secara jujurnya, saya memang tidak pandai untuk menulis atau mengarang ayat atau karangan sejak azali lagi. Lagi-lagi bila mahunya untuk bercerita di hadapan memang saya tidak reti. Akan tetapi, ada sebab-sebab yang tertentu yang menggerakkan hati saya untuk memasuki alam blogger ini. Dulu, ramai kawan-kawan saya mempunyai blog dan mereka selalu meng syor kan kepada saya untuk membuat blog, akan tetapi ntah kenapa otak saya time tuh maybe sempit macam "Adnan Sempit", sampai la ni baru nak buat blog.. Biasalah, budak-budak baru nak up katakan.. ahaks~~ Okay, reason nya:

1. Kerana saya merasakan blog ini mampu untuk memberikan banyak inspirasi hidup

2. Kerana dengan adanya blog ini, saya dapat berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan dengan kawan-kawan saya.. especially kepada sahabat-sahabat saya yang sudah lama jauh meninggalkan saya dengan kerjaya masing-masing atau haluan masing-masing.. (sharing is caring)

3. Kerana dengan adanya blog ini, saya mampu melihat apa yang telah berlaku dalam hidup saya dan mengetahui adakah saya menggunakan kehidupan saya seharian dengan sebaiknya atau disebaliknya.

So, dengan adanya "alasan-alasan" diatas, jadi saya berasa lebih yakin untuk menulis dan mengarang ayat walaupun ayat macam dak sekolah darjah satu.. ahahahahaha... (perli diri sendiri) krik...krik...krik... =___="

Hmmmm... Banyak lagi lah intro akan tetapi saya tidak mampu meneruskannya. Saya rasa kalau saya teruskan, mahu internet broken sebab banyak sangat nak cerita kat sini. Maklumlah, dah 22 tahun hidup, so banyak “asam garam”. Jadi, sampai situ sahaja mengenai saya. Sekiranya korang semua mahu tahu dengan lebih lanjut lagi, sila lah follow  blog saya.

Sekian dari saya, Assalamualaikum tak jawab dosa, kalau jawab SAYANG.. eh eh! macam pernah dengar je ayat ni.. ahaha.. sorry ya "tuan punya ayat" ni, pinjam kejap.. Bye ya’llz.. 

Peace Yaw.. =)

4 comments:

  1. kalaulah tisu mampu bertukar jadi duit . aku nak beli sedozen tisu tiap tiap hari .

    #sila beri kemaafan , komen di atas seperti tak mengikut citarasa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alangkah indah sekiranya begitu.. ahaks~~ (perumpamaan diatas yg tidak ada kene mengena) =P

      Delete
  2. Ayat Maria Elena :) yang last tu..
    btw WELCOME TO DUNIA BLOGGERS :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tw je maria elena punya.. ahaha..
      wokeh.. thanks.. =)

      Delete