Search This Blog

Kembali ke Alam Belajar


Assalamualaikum semua.. Salam satu Malaysia.. hehe..

Hari ini bermulanya hidupku seperti kanak-kanak normal yang lain (bajet macam kanak-kanak la teww..) bangun awal pagi pukul 6 pagi untuk menghantar ayah ku ke UiTM Shah Alam sebab dia bergegas untuk pergi ke KLIA kerana dia ada urusan di Sabah dan Sarawak selama satu minggu.. (Bestnye.. huhu..)



Pada pagi yang indah lagi dingin, jam tepat menunjukkan pukul 7:15 pagi, dengan "jem" yang sangat sibuk giler, sambil melayan radio HITZ.fm with JJ and Ean, my fav DJ.. (fav bila diorg buat Gotcha Call).. aku memandu dengan tenang sambil melayan diri menuju... menuju puncak, gemilang cahaya lalala... (eh, ternyanyi lagu "Menuju Puncak" pulak.. AHAKS!) menuju UiTM Puncak Alam untuk memulakan hidup baru kerana hari ini sudah pun bermula kehidupan as a STUDENT.. Tepat je pukul 8:05 pagi, saya tiba di UiTM Puncak Alam dan terus menuju ke Pihak Kolej untuk berurusan mengenai kunci bilik tetapi malangnya Pihak tersebut sibuk memandangkan banyak lagi kerja mereka belum selesai lagi.. Jadi, saya pun beredar dari situ dan terus menaiki kereta Waja ku yang tidak seberapa ini, (bajet gilerwwwww~~) ke PSB (Plaza Satelit B) untuk sarapan pagi.. Saya pun menyarapankan diri saya dengan 3 ketul karipap dan melayan diri seorang diri dan memakan makanan karipap itu seorang diri. (Konon sedih la nie Lonely konon..!) ahahaha...


Kelas saya pada hari ini bermula pada pukul 10 pagi.. oleh sebab jam baru sahaja menunjukkan pukul 8:30 pagi, maka dengan muka saya yang kacak ini berlalu pergi meninggalkan PSB.. (ayat xboleh blah!! hampeh gilerwww) dan ku teruskan perjalananku ke FSK 2,3,4 dan terus ke tingkat 8 untuk menunggu kelas yang lagi 2 jam lagi.. (bapak time tuh bosan giler!!) tengah tunggu di tempat duduk yang disediakan di ruang koridor kaki lima, salah seorang student ini pun keluar dari satu bilik ini dan dia adalah rakan sekelas ku.. lalu ku ikut dia ke student lounge atau bilik yang dia baru sahaja keluar tadi dan berjumpa lagi 2 rakan kelasku juga.. sedangku berborak-borak, ngumpat-ngumpat bagai, kawan akrab ku text aku dan bertanya kedudukan ku dan akhirnya bertemu juga di bilik tersebut dan mulakan aktiviti harian kami, mengumpat,gossip.. hahahaha.. (gurau je tw, just borak kosong.. jangan caya bulat2 pulak.. haaha)



senang citer hari ini ku gembira sangat sebab mereka semua sangat fun,enjoy and happy.. aku rasa enjoy sangat dengan mereka, bergurau senda, gelak ketawa, bertepuk tampar semua.. sampai sahaja waktu pukul 10:30 pagi, kami pun bergegas ke kelas.. punya la semangat membara katakan, lepas itu kelas cancel.. TERBAEK~~ kami pun dengan lemah semangat dan patah hati terus ke student lounge untuk tunggu kelas seterusnya pada pukul 12.. sedang kami duduk-duduk, kami isikan masa kami dengan bercerita pengalaman semasa cuti.. ada yang kelakar, sedih, haru, gembira, semua ada.. sebaik sahaja pukul 12, kami pun masuk kedalam kelas kami yang kedua pada hari yang pertama ini.. lecturer lama aku masa semester lepas ajar.. dan aku sekali lagi dilantik menjadi ketua kelas.. (ape lah nasib pegang tanggungjawab) Sesudahnya kelas pada pukul 2:00 petang, saya terus menuju ke kelas yang seterusnya di Dewan kuliah sehingga pukul 4 petang.. Habis sahaja kelas, saya dan kawan saya pergi ke kedai makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Shah Alam 2.. wah.. sangat sedap akan tetapi perut saya tidak sedap time tuh (perut aku rasa masin ke tak sedap.. hahaha) 



Selepas itu, aku dapat berita yang kurang menyenangkan hati aku.. Saya sangat bermain dengan fikiran berkenaan dengan berita tersebut sehingga tidak dapat focus untuk memandu dan memutuskan untuk ingin mengetahui berita tersebut dengan lebih lanjut lagi.. selepas di push untuk bercakap, akhirnya saya dapat apa yang saya ingin kan dan akhirnya saya terima.. Ini satu nasihat or pandangan saya untuk di kongsi bersama-sama dengan pembaca semua.. Saya pantang orang cakap belakang dan apabila ingin menegur kesalahan orang lain (terutama diri saya), bila dia menyampaikan kepada orang yang ketiga.. adakah susah sangat untuk menegur di hadapan saya? takut? saya makan orang ke? (walaupun kuat makan) k-mon la bro n sis.. lebih better kamu bercakap terus dengan orang yang kamu ingin tegur dari kamu menggunakan orang ketiga/lain untuk menegur.. bukannya kamu tidak kenal saya, kamu kenal bahkan satu level so what the point u ask someone else to fix me up? 



baiklah, dari dok panjang lebar cerita pasal itu, lebih baik saya teruskan cerita saya pabila sampainya saya dirumah setelah saya mengambil mama dari tempat kerjanya.. saya singgah sebentar di rumah nenek saya untuk mengambil adik saya.. sementara menunggu adik saya dan menunggu habisnya borakan mama saya dengan nenek, saya pun terlelap kerana saya sangat letih dan tired.. kemudian saya dikejutkan dan susur keluar dari rumah nenek dan pulang kerumah ku syurga ku.. (tetiba plak)..  sampai sahaja dirumah, saya dan adik saya bergegas ke belakang rumah untuk bertemu dengan Si Comot (kucing baru 2 hari saya bela.. AHAKS~~) saya bermain dan memberikan makanan kepada Si Comot dan masukkan semula ke dalam rumahnya.. Selepas itu saya membersihkan diri saya dan terus solat maghrib.. habis sahaja solat pada pukul 8 saya keluar bersama dengan pak usu saya (my mom punya adik) membeli air mineral dan juga makanan untuk makan malam.. pada pukul 9:45 baru sahaja habis membeli makanan semua,saya pulang kerumah lalu makan bersama dengan mama dan adik saya.. sesudah saya melantak Nasi Goreng Daging Merah + tambah nasi (bapak perut buaya la si Aizad Buncit nie.. WAKAKA), saya pun menyusul ke kamar tidur saya dan baring di katil yang empuk lagi enak ini sambil ingin meng update blog..akan tetapi disebabkan saya terlalu penat, maka, saya pun tertidur sambil menaip sehingga keesokkan harinya..

Overall my whole day for today is very Happy moment because I met my friends once again in same class.. very happy with it.. I hope tomorrow is better than yesterday.. Well folks, that's all from me for today.. I hope I can story morry more to the readers interesting moment in my life.. and I hole your life much more better than me.. So, I see ya next post.. c ya.. =)

1 comment:

  1. Hhahaha...
    Aizad si buncit...
    makan jer kerja cik aizad nilah
    overall jalan cerita ssangat kelakar..
    kee it up..:)

    ReplyDelete