Search This Blog

Apa-Apa pun kita mesti enjoy


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Tidak ada kene mengena gambar ini dengan post dibawah.. -Gambar Hiasan-


Awal mula pertama mula saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini..(ko ada pembaca ke? Ahaks~~) Maaflah jikalau blog ini sangat membosankan kerana saya memang upload post untuk diri saya mengenai hari saya.. So, saya hanya ingin kongsi jerw dengan kawan-kawan saya.. kalau rasa bosan, tak perlu kowt click my blog.. (berlagak giler mamat nie, kasi lempang nak? HAHAHA)



Post ini saya akan overall kan untuk dua hari iaitu hari Selasa dan Rabu (hari ini) kerana saya lambat upload post yang hari Isnin punya.. Tak mengapa.. saya akan ringkaskan dan saya tidak mengulas dengan detail mengenai apa yang berlaku.. Bermula dengan hari Selasa yang indah dimana saya bangun seperti biasa dan hantar ibu dan adik saya ke sekolah dan tempat kerja ibu saya.. Habis sahaja saya hantar ibu saya, saya lihat jam masih lagi pukul 7:30 pagi dan kelas saya bermula pada pukul 10:30 pagi.. Jadi, banyak lagi masa yang perlu saya tunggu sekiranya saya ambil keputusan untuk balik ke kampus pada waktu itu.. Jadi, saya ambil keputusan untuk sarapan di Shah Alam, section 7 dan saya mengajak kawan lama saya yang dulu pernah belajar bersama di UiTM Melaka.. (kesian kawan aku tuh tengah tidur aku kejutkan untuk sarapan).. hehehe.. Gembira dapat jumpa dan borak dengan dia.. Saya ambil masa sehingg pukul 10 pagi dan saya bergegas untuk pergi ke Kampus kerana saya ada taklimat pelajar baru untuk membuat transfer credit dan juga melaporkan diri ke Pegawai saya..



Setibanya saya di Puncak Alam, saya berjumpa dengan Ketua Persatuan Beruniform saya untuk melaporkan diri.. Setelah berbincang dan melapor dan ambil agak lama masanya, saya menelefon Presiden saya dan menanyakan tempat mereka membuat taklimat tersebut. Setelah saya berada didalam kelas tersebut, saya dapati ramai junior baru yang mengambil course Human Resources.. (Wah! Bangga dapat Hadik-hadik.. AHAKS~) Yang paling terkejut sekali apabila saya dapati among them, ada yang pernah belajar di UiTM Melaka dulu.. Pergh!! Sangat seronok.. Kepada “hadik-hadik HuReS” selamat datang and welcome to the club.. jangan sombong-sombong dan jangan buat hal dan burukkan nama student HR..



Habis sahaja taklimat, saya berjumpa dengan kawan saya dan makan bersama dengannya di dewan makan di Ref.. (dah tengahhari tapi makan nasi lemak.. xde selera katakan..) hehe.. habis sahaja makan, saya terus pergi ke fakulti untuk masuk ke kelas seterusnya dalam pukul 2 petang.. akibat sebab tersesat dan berlenggah, akhirnya saya masuk kelas lambat bersama dengan rakan-rakan seperjuangan saya.. ahaha.. (muka selamber je masuk kelas kene nganjing dengan lecturer.. padan muka ko Zad.. hahaha) sudah sahaja kelas saya itu pada pukul 4, seperti biasa routine harian saya balik Shah Alam untuk mengambil ibuku.. (Pergh!! Jalan tak nak sesak plak tiap-tiap hari.. Hadoi Yai!) Setibanya saya dirumah dan setelah saya membeli makanan ketika on the way balik dari kampus Puncak Alam, saya terus mandi (mandi pun nak sebut ke kat sini.. LUCAH!!) haha.. dan makan malam bersama dengan family dan juga dengan Si Comot (kucing buncit cam tuannya.. AHAKS~~)



Habis sahaja makan malam semua bagai, (dah kenyang cam ular sawa), saya dapat panggilan dari one of my lecturer menyatakan ada perubahan jadual.. Pergh!! Apsal tukar2? Adoi yai.. by the way, benda ini dah settle dan mulanya esok tiada kelas, akan tetapi disebabkan perubahan jadual, makanya esok ada kelas akan tetapi saya tidak datang kerana syaitan telah hasut saya... ahaha..  (gurau je la.. =P ) apabila sudah selesai masalah itu, saya teruskan dengan aktiviti harian saya iaitu menghabiskan post (yg ke-dua) yang tertunda kerana tertidur ketika membuatnya.. (camner la aku boleh tido ek?) Habis sahaja saya pun basuh kaki dan tidur.



Untuk hari Rabu saya tidak ada benda untuk di post kan kerana sangat simple and tiada yang menarik.. So, just end here.. hehe.. itu sahaja dari saya.. saya masih lagi tidak reti buat karangan atau mengayat bunga2 bagai... So, sorry la kalau blog ini sangat membosankan.. by the way, thanks for see my blog and follow my blog.. we’ll see you on next post.. =)

2 comments: