Search This Blog

Menyambut Bulan Ramadhan



Salam Ramadhan.. Apa khabar semua? Sihat? Amacam puasa? best x? ke ada yang dah ponteng.. Ish ish ish.. Carut nie~~ Jangan ponteng2 ye? Takmo takmo takmo.. (eeeuuww.. gedik giler aku.. Ahaks!) Btw, masih sempatkan aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, moga bulan  kali ini akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. Jangan lupa untuk solat terawih ye? jangan nak pi tengok midnight plak.. ahahaha.. Tapi skali skala takpe, as long u all buat kat rumah.. (Hehe.. teringin gak.. =P)

So, entry hari ini nak menceritakan tentang sambutan bulan mulia ini bersama keluarga.. aku tahu ada yang kat luar sana ada yang first puasa dengan family, ada yang bersama rakan, ehem2 (buat2 taktau plak), and etc.. tapi takpe, yang tak dapat sambut bersama dengan family tuh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. maybe ada urusan kerja, belajar dan sebagainya.. takpe, sabar je la ye? hehe.. Oklah, nikmatnya makan dengan family, I think most probably people will know that, don't you? memang nikmat, lagi-lagi kalau mama dengan daddy masak.. Wah! syiok giler.. (aku tolong pown tak, jahanam punya perangai.. Ahaks..!) nikmat kita berbuka tu memang tiada tandingannya.. I know some people are not so lucky to have this experience but even you are not with your parent but at least you with people that care about you.. tak kira lah kawan ke, classmate ke, workmate ke, and etc.. yang penting kita dapat berbuka dan juga dapat makan bersama-sama dengan orang yang kamu sayang..

Hari ini entry lebih kurang macam share pengetahuan am mengenai bulan ramadhan.. hehe.. ye la, kalau dilihatnya di "muka buku", status asyik mengenai bulan puasa... hehe.. twitter pun sama.. (wah! dah ada twitter.. nak follow? ahahaha...) jadi, sementara tengah hangat pasal puasa ni, better aku share something more worth than tulis status yang pendek tuh je.. Ok, kalau korang nak tahu lah kan, dalam banyak-banyak bulan dalam setahun, (Bulan Islam) ada 3 bulan yang sangat istimewa. Iaitu bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.. kalau nak tahu, bulan Rejab tuh bulan Allah yang mempunyai peristiwa Israk dan Mikraj.. Kemudian pula, bulan Syaaban iaitu bulan Nabi Muhammad S.A.W dengan malam Nifsu Syaaban dan yang terakhir sekali bulan umat nabi muhammad, iaitu Bulan Ramadhan yang ada malam Lailatul qadar.. Seperti mana dalam Sabda Nabi s.a.w.: "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku." 

"Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.

Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.

Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-

  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.

Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.

Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan namun kata ustaz, biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua pendapat berkaitan hal ini :-
Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.

Di dalam ayat Al-Quran di mana Allah berfirman bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, Allah menyambung bahawa Al-Quran adalah sebagai petunjuk. Ini bermakna jika ada permasalahan, maka rujuklah Al-Quran kerana disitu ada penyelesaian. Kes-kes gejala sosial (atau musibah sosial) berlaku kerana tindakan susulan tidak mengikut Al-Quran." ( http://sebaikbaikcahaya.com/2012/03/19/kelebihan-bulan-rejab-syaaban-dan-ramadhan/)

Haa.. Petikan ini diambil dari sebuah blog ustaz Hanafiah Kris, banyak yang kita boleh pelajari dari blog dia.. jadi, untuk maklumat lanjut mengenai 3 bulan tersebut boleh lah rujuk mana-mana buku rujukan yang ada dipasaran.. hehe... wah, Halim gitu post gini2... ahahaha.. jadi, marilah kita sama-sama meninggikan lagi martabat bulan ini dan peroleh seberapa banyak pahala yang kita boleh dapat.. yang penting niat tuh ikhlas.. Insya-Allah..

Oklah, rasanya ini je kowt nak share ngn korunk.. hehe.. so, boleh lah kita sama-sama meng "implement" kan bersama agar kita akan jadi umat yang diredhai Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.. Insya-Allah.. Oklah, (banyak kali kata ok tapi xtw camner nak ending kan.. ahahaha) lepas nie aku kene balik puncak alam sebab ada intersesi.. huhu.. untung lah sape yang masih ngn family... waaaa... jumpa lagi di lain post.. bye~~

No comments:

Post a Comment